Tuesday, June 1, 2010

INDAHNYA BAHASA

PARTIKEL " PUN "
Partikel ialah kata tugas yang digunakan untuk menegaskan perkataan yang mendahuluinya serta terikat dengannya. terdapat empat partikel dalam bahasa Melayu, iaitu -lah, -tah, -kah dan pun. satu daripada partikel yang hendak diperkatakan di dalam ruangan ini ialah partikel 'pun'. Partikel 'pun' hendaklah dibezakan dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga'.
Terdapat 13 perkataan yang dieja bercantum dengan partikel 'pun' iaitu adapun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun, dan walaupun. Masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah mereka menghadapi kesukaran untuk mengingat semua partikel tersebut. Untuk menangani masalah ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang Selangor, iaitu Pn, wan Azlida bt Wan Abdul Aziz, telah menggunakan kaedah NeumTebalonik untuk mengingat 13 partikel ' pun ' tersebut.
Kaedah ini digunakan supaya murid dapat membezakan partikel 'pun ' yang dieja secara bercantum dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga' yang dieja berpisah.
Dengan menggunakan kaedah neumonik, beliau telah mencipta ayat yang berikut ;
Ayah anggap/ anak bagai berlian/ kalau kita latih mereka/wajar/ mereka sukses selalu.
Setiap huruf dalam perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut mewakili partikel 'pun' yang dieja secara bercantum.
Lihatlah perkataan tersebut di bawah ini :
  • Adapun - Ayah
  • Ataupun - Anggap
  • Andaipun - Anak
  • Bagaimanapun - Bagai
  • Biarpun - Berlian
  • Kalaupun - Kalau
  • Kendatipun - Kita
  • Lagipun - Latih
  • Meskipun - Meraka
  • Walaupun - Wajar
  • Mahupun - Meraka
  • Sungguhpun - Sukses
  • Sekalipun - Selalu
Perkataan ' pun ' yang bermaksud juga hendaklah dieja secara terpisah seperti telah pun , sudah pun, dan sebagainya.
Contoh: Mereka telahpun sampai ke tempat itu. ( salah )
Mereka telah pun sampai ke tempat itu ( betul )
Kesimpulannya partikel ' pun ' berbeza dengan perkataan 'pun' yang bermaksud 'juga'. Untuk membezakan perkataan ini, pengguna mestilah mampu mengingatkan sejumlah 13 partikel
'pun' yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Neumonik.
Dipetik daripada Akhbar Berita Harian ( Minda ) 25 - 31 Mei 2010

No comments:

Post a Comment