Saturday, June 12, 2010

Wednesday, June 2, 2010

PANTUN


Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
CONTOH PANTUN

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Sekarang puteri berangkat pulang
Bila pula berjumpa lagi


Kain buruk tepi perigi
Dibuat orang pengesat belanga
Esok kita berjumpa lagi
Tunggulah Teja di taman bunga



Anak jantan anak temenggung
Pergi memburu sampai ke Gombak
Lalu berhenti mengutip petai
Berani buat, berani tanggung
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai

Tuesday, June 1, 2010

KENANGAN SEPANJANG BERADA DIIPPM

Urusetia Perlawanan Bola Keranjang



Bersama Pensyarah PJK cikgu Ramli


Kejohanan Bola Tampar Disember 2009


Sedang membentangkan Tugasan MATH bersama ahli kumpulan







Mengadakan perbincangan semasa waktu Persatuan Bahasa Melayu




Selesai sahaja membentangkan tugasan MATH




INDAHNYA BAHASA

PARTIKEL " PUN "
Partikel ialah kata tugas yang digunakan untuk menegaskan perkataan yang mendahuluinya serta terikat dengannya. terdapat empat partikel dalam bahasa Melayu, iaitu -lah, -tah, -kah dan pun. satu daripada partikel yang hendak diperkatakan di dalam ruangan ini ialah partikel 'pun'. Partikel 'pun' hendaklah dibezakan dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga'.
Terdapat 13 perkataan yang dieja bercantum dengan partikel 'pun' iaitu adapun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun, dan walaupun. Masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah mereka menghadapi kesukaran untuk mengingat semua partikel tersebut. Untuk menangani masalah ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang Selangor, iaitu Pn, wan Azlida bt Wan Abdul Aziz, telah menggunakan kaedah NeumTebalonik untuk mengingat 13 partikel ' pun ' tersebut.
Kaedah ini digunakan supaya murid dapat membezakan partikel 'pun ' yang dieja secara bercantum dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga' yang dieja berpisah.
Dengan menggunakan kaedah neumonik, beliau telah mencipta ayat yang berikut ;
Ayah anggap/ anak bagai berlian/ kalau kita latih mereka/wajar/ mereka sukses selalu.
Setiap huruf dalam perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut mewakili partikel 'pun' yang dieja secara bercantum.
Lihatlah perkataan tersebut di bawah ini :
  • Adapun - Ayah
  • Ataupun - Anggap
  • Andaipun - Anak
  • Bagaimanapun - Bagai
  • Biarpun - Berlian
  • Kalaupun - Kalau
  • Kendatipun - Kita
  • Lagipun - Latih
  • Meskipun - Meraka
  • Walaupun - Wajar
  • Mahupun - Meraka
  • Sungguhpun - Sukses
  • Sekalipun - Selalu
Perkataan ' pun ' yang bermaksud juga hendaklah dieja secara terpisah seperti telah pun , sudah pun, dan sebagainya.
Contoh: Mereka telahpun sampai ke tempat itu. ( salah )
Mereka telah pun sampai ke tempat itu ( betul )
Kesimpulannya partikel ' pun ' berbeza dengan perkataan 'pun' yang bermaksud 'juga'. Untuk membezakan perkataan ini, pengguna mestilah mampu mengingatkan sejumlah 13 partikel
'pun' yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Neumonik.
Dipetik daripada Akhbar Berita Harian ( Minda ) 25 - 31 Mei 2010

CERITA / ULASAN PERIBAHASA

1. Berakit - rakit ke hulu, berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu bersenang - senang kemudian.

Kehidupan Encik Megat sekeluarga kini sangat bahagia. Wala bagaimanapun, suatu masa dahulu kehidupannya sangat sukar kerana anak - anaknya masih bersekolah. Encik Megat tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencari rezeki. Dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupannya. dia sanggup mengikat perut untuk berjimat. Segala kesukaran itu baginya tidak ubah seperti berakit - rakit ke hulu, berenang - renag ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.

2. Sediakan payung sebelum hujan

Pak Manaf bekerja kuat ketika mudanya. Dia menabung sebahagian besar daripada pendapatannya. Anak - anaknya banyak dan masih bersekolah. Salah seorang anaknya pula menghidap penyakit asma yang kronik. Pak Manaf Telah menghantarnya ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan. Kos rawatannya agak tinggi. Namun, Pak Manaf bersyukur kerana dia mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Dia mengamalkan sikap sedia payung sebelum hujan. Dia tidak menghadapi masalah untuk membiayaai rawatan anaknya.

Friday, May 14, 2010

Puasa

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadan

Kewajipan Berpuasa

Firman Allah ( Surah Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang -orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakqwa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap umat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
Keutamaan RamadhanTerdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat umat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan :

  1. Pintu Langit dibuka
  2. Pintu-pintu syurga dibuka
  3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  5. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Amal Ibadah di Bulan Ramadhan dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya 4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna didunia dan akhirat....

video Gamelan

Satu pengalaman yang menarik dan bermakna buat diriku apabila diberi peluang untuk menambah pegetahuan dan mempelajari tentang muzik gamelan. Jutaan terima kasih tidak terhingga buat pensyarahan bimbingan Cikgu Mustafa iaitu pensyarah muzik yang telah mengajar dan membimbingku serta rakan - rakan untuk bermain alat muzik gamelan ini. Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan yang terindah.

Tuesday, April 20, 2010

Muzik Gamelan
Sejarah / Latar belakang

Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga di Johor dan kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu menurut tradisi dan ceritanya. Gamelan yang mula berkembang di Pahang dalam tahun 1800 sama seperti yang terdapat di Istana Yam Tuan Muda Riau di Pulau Penyengat. Keadaan demikian berlaku kerana dalam masa yang berkenaan daerah Johor, Pahang dan Terengganu berada di bawah pengaruh Riau Lingga atau Johor Riau.
Sultan Terengganu yang pertama Sultan Zainal Abidin 1 (memerintah dalam tahun 1726 – 1734) ialah keturunan Bendahara Johor Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid. Bendahara Johor yang ke 19 mangkat dalam tahun 1696 dan saudaranya yang tua Tun Sulung kemudiannya diangkat menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah diangkat menjadi Raja dalam pemerintahan Bendahara mulai dari Bendahara Tun Tahir dari Johor hingga kepada Wan Ahmad yang kemudiannya mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang memerintah 1863 – 1914.
Dua dari putera puteri Sultan Ahmad telah berkahwin dengan dua orang Raja dari Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1972 kerajaan negeri Terengganu telah mengambil berat terhadap perkembangan Gamelan dan berhasrat menjadikan kesenian itu sebagai sebahagian daripada kegiatan kerajaan. Satu kumpulan telah ditubuhkan dengan nama Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu (SUKTRA) yang dipengerusikan oleh Dato Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Pada tahun 1980, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil Muzik Gamelan sebagi anak angkat untuk mengekalkan kesenian dan tradisi tersebut bagi generasi akan datang. Setiap upacara rasmi seperti Konvokesyen dari lain-lain Muzik Gamelan adalah kesenian utama yang dipersembahkan dalam majlis tersebut. Bagi para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengikuti kursus Ko-kurikulum Muzik Gamelan salah satu kursus yang perlu di ikuti.

Sunday, April 11, 2010

MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA?



Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Assalamu 'Alaikum wr wb

Hadis berkenaan "kebanyakan penghuni wanita adalah neraka" telah diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering di beri peringatan hadis2 berhubung dengan ancaman2 terhadap wanita yang telah di wasiatkan oleh Rasululllah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam 14 abad yang lalu.

Apa yang kita cuba ketengahkan di sini sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman2 ini.

Adakah ancaman dan amaran Rasul ini ditujukan kepada wanita2 tidak beriman?
Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita2 yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?

Jika diteliti, hampir semua hadis berkenaan adalah di tujukan secara khusus oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kepada wanita2 Islam. Kerana wanita2 kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janjiNya!

Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)



Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Thabarani di dalam al-Awsat)


Petunjuk Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam hadis2 ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengkaitkan sebab wanita2 di humban kedalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami.

Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain didalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam ini! Ataupun mereka tahu ancaman2 tersebut secara nayata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka di selubungi kegelapan ! Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit dari jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, tetapi nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan!

Bagaimana yang dikatakan derhaka kepada suami? Apakah perkataan, kata hati dan tingkah laku
yang termasuk didalam derhaka ini?
Apakah punca2 sebenar yang membawa kepada penderhakaan kepada suami?
Apakah perkara2 yang tidak termasuk didalam derhaka kepada suami.
Bagaimana cara melepaskan diri daripada terjatuh kepada derhaka ini?
Kewajipan isteri mendapat redha dan kasih suami?
Bagaimana cara mendapat redha dan kasih suami?

NOTA PENTING:
Selain dari yang tersebut diatas, banyak lagi sebab lain terutama yang bersangkutan dengan pendedahan 'aurat, berhias secara jahiliyyah, pergaulan bebas dengan lelaki bukan muhrim dan derhaka kepada ibubapa. Tetapi didalam kesempatan ini kita akan cuba memberi tumpuan kepada tajuk diatas kerana ianya telah mencapai kepada satu peringkat yang sangat membimbangkan.! Dan juga kerana dalam banyak keadaan "derhaka" kepada suami tidak disedari oleh isteri.

Friday, April 2, 2010

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Alllah walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini.

Wednesday, February 24, 2010

PENGURUSAN MASA

1. Kenal Pasti adakah anda tergolong dalam mereka yang suka menangguhkan kerja?

Adakah anda suka menangguhkan kerja penting pada saat akhir leka membuat kerja yang tidak penting .

Anda sering beranggapan kerja penting itu akan disiapkan kemudian sedangkan tugas itu masih belum dimulakan.
Anda teragak-agak hendak memulakan tugasan dengan segera dan menunggu saat akhir untuk menyiapkannya.


2. Kenal pasti pasti penyebab utama berlaku tabiat menagguh kerja

Anda perlu bertanyakan diri mengapa suka menagguhkan kerja. Adakah ingin menunggu suasana baik malaksanakan tugasan atau menunggu masa sesuai membuat tugasan?

Jika anda menunggu suasana baik, kemungkinan yang ditunggu - tunggu tidak tiba dan menunggu masa sesuai, tiada siapa dapat meramalkan masa depan anda. Masa yang ada bersama anda itulah " MASA EMAS ".

3. Kenal pasti penyabab lain anda menangguh kerja

Antara penyebaba lain yang mungkin mempengaruhi anda menangguh kerja ialah kabur mengenai matlamat yang hendak dicapai. Tidak tahu hendak buat yang mana satu.

Anda salah jangka mengenai tugasan yang hendak laksanakan. Pada awalnya ingat mudah, tetapi selepas diteliti tugasan itu susah untuk dilaksanakan, anda terhenti melaksanakannya.

Anda juga tidak tahu hendak membuat tugasan yang mana satu. Keadaan menjadi buntu dan anda terpinga - pinga. Akhirnya.... Tugasan tidak siap!!!!

4. Kenal pasti penyebab yang ada dalam diri anda yang membuatkan anda menangguh kerja

Antara penyebabnya membuatkan anda cenderung menangguh kerja mungkin datang dari dalam diri anda sendiri.

Adakah anda mahir melaksanakan sesuatu tugasan. Mungkin anda tidak berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Juga anda tidak faham formula yang diberikan.

Mungkin anda tidak faham tentang formula yang diberikan. Mungkin anda merasakan mata pelajaran itu terlalu sukar untuk difahami. Apabila anda tidak mahir, anda tidak akan selesa dengan tugasan yang diberikan.

Ada pelajar takut gagal hingga tidak mahu membuat tugasan yang diberi. Pelajar bimbang silap dalam menyiapkan tugasan dan langsung tidak mahu meneruskan kerja.

Pelajar yang begitu mementingkan kesempurnaan takut melakukan kesilapan. Sebenarnya, kesilapan bukan bererti gagal.

Manusia tidak sunyi daripada membuat kesilapan. Jadikanlah kesilapan itu suatu pelajaran untuk menuju kearah KESEMPURNAAN.