Saturday, June 12, 2010

Wednesday, June 2, 2010

PANTUN


Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
CONTOH PANTUN

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Sekarang puteri berangkat pulang
Bila pula berjumpa lagi


Kain buruk tepi perigi
Dibuat orang pengesat belanga
Esok kita berjumpa lagi
Tunggulah Teja di taman bunga



Anak jantan anak temenggung
Pergi memburu sampai ke Gombak
Lalu berhenti mengutip petai
Berani buat, berani tanggung
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai

Tuesday, June 1, 2010

KENANGAN SEPANJANG BERADA DIIPPM

Urusetia Perlawanan Bola Keranjang



Bersama Pensyarah PJK cikgu Ramli


Kejohanan Bola Tampar Disember 2009


Sedang membentangkan Tugasan MATH bersama ahli kumpulan







Mengadakan perbincangan semasa waktu Persatuan Bahasa Melayu




Selesai sahaja membentangkan tugasan MATH




INDAHNYA BAHASA

PARTIKEL " PUN "
Partikel ialah kata tugas yang digunakan untuk menegaskan perkataan yang mendahuluinya serta terikat dengannya. terdapat empat partikel dalam bahasa Melayu, iaitu -lah, -tah, -kah dan pun. satu daripada partikel yang hendak diperkatakan di dalam ruangan ini ialah partikel 'pun'. Partikel 'pun' hendaklah dibezakan dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga'.
Terdapat 13 perkataan yang dieja bercantum dengan partikel 'pun' iaitu adapun, ataupun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun, dan walaupun. Masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa ialah mereka menghadapi kesukaran untuk mengingat semua partikel tersebut. Untuk menangani masalah ini, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang Selangor, iaitu Pn, wan Azlida bt Wan Abdul Aziz, telah menggunakan kaedah NeumTebalonik untuk mengingat 13 partikel ' pun ' tersebut.
Kaedah ini digunakan supaya murid dapat membezakan partikel 'pun ' yang dieja secara bercantum dengan perkataan ' pun ' yang bermaksud 'juga' yang dieja berpisah.
Dengan menggunakan kaedah neumonik, beliau telah mencipta ayat yang berikut ;
Ayah anggap/ anak bagai berlian/ kalau kita latih mereka/wajar/ mereka sukses selalu.
Setiap huruf dalam perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut mewakili partikel 'pun' yang dieja secara bercantum.
Lihatlah perkataan tersebut di bawah ini :
  • Adapun - Ayah
  • Ataupun - Anggap
  • Andaipun - Anak
  • Bagaimanapun - Bagai
  • Biarpun - Berlian
  • Kalaupun - Kalau
  • Kendatipun - Kita
  • Lagipun - Latih
  • Meskipun - Meraka
  • Walaupun - Wajar
  • Mahupun - Meraka
  • Sungguhpun - Sukses
  • Sekalipun - Selalu
Perkataan ' pun ' yang bermaksud juga hendaklah dieja secara terpisah seperti telah pun , sudah pun, dan sebagainya.
Contoh: Mereka telahpun sampai ke tempat itu. ( salah )
Mereka telah pun sampai ke tempat itu ( betul )
Kesimpulannya partikel ' pun ' berbeza dengan perkataan 'pun' yang bermaksud 'juga'. Untuk membezakan perkataan ini, pengguna mestilah mampu mengingatkan sejumlah 13 partikel
'pun' yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan Kaedah Neumonik.
Dipetik daripada Akhbar Berita Harian ( Minda ) 25 - 31 Mei 2010

CERITA / ULASAN PERIBAHASA

1. Berakit - rakit ke hulu, berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu bersenang - senang kemudian.

Kehidupan Encik Megat sekeluarga kini sangat bahagia. Wala bagaimanapun, suatu masa dahulu kehidupannya sangat sukar kerana anak - anaknya masih bersekolah. Encik Megat tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencari rezeki. Dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupannya. dia sanggup mengikat perut untuk berjimat. Segala kesukaran itu baginya tidak ubah seperti berakit - rakit ke hulu, berenang - renag ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.

2. Sediakan payung sebelum hujan

Pak Manaf bekerja kuat ketika mudanya. Dia menabung sebahagian besar daripada pendapatannya. Anak - anaknya banyak dan masih bersekolah. Salah seorang anaknya pula menghidap penyakit asma yang kronik. Pak Manaf Telah menghantarnya ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan. Kos rawatannya agak tinggi. Namun, Pak Manaf bersyukur kerana dia mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Dia mengamalkan sikap sedia payung sebelum hujan. Dia tidak menghadapi masalah untuk membiayaai rawatan anaknya.