Sunday, April 11, 2010

MENGAPA KEBANYAKAN PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA?



Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Assalamu 'Alaikum wr wb

Hadis berkenaan "kebanyakan penghuni wanita adalah neraka" telah diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering di beri peringatan hadis2 berhubung dengan ancaman2 terhadap wanita yang telah di wasiatkan oleh Rasululllah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam 14 abad yang lalu.

Apa yang kita cuba ketengahkan di sini sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman2 ini.

Adakah ancaman dan amaran Rasul ini ditujukan kepada wanita2 tidak beriman?
Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita2 yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?

Jika diteliti, hampir semua hadis berkenaan adalah di tujukan secara khusus oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam kepada wanita2 Islam. Kerana wanita2 kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janjiNya!

Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Muslim)



Sabda Rasulullah Salla-Allahu ‘Alaihi Wasallam :

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Thabarani di dalam al-Awsat)


Petunjuk Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam hadis2 ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengkaitkan sebab wanita2 di humban kedalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami.

Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain didalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam ini! Ataupun mereka tahu ancaman2 tersebut secara nayata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka di selubungi kegelapan ! Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit dari jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, tetapi nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan!

Bagaimana yang dikatakan derhaka kepada suami? Apakah perkataan, kata hati dan tingkah laku
yang termasuk didalam derhaka ini?
Apakah punca2 sebenar yang membawa kepada penderhakaan kepada suami?
Apakah perkara2 yang tidak termasuk didalam derhaka kepada suami.
Bagaimana cara melepaskan diri daripada terjatuh kepada derhaka ini?
Kewajipan isteri mendapat redha dan kasih suami?
Bagaimana cara mendapat redha dan kasih suami?

NOTA PENTING:
Selain dari yang tersebut diatas, banyak lagi sebab lain terutama yang bersangkutan dengan pendedahan 'aurat, berhias secara jahiliyyah, pergaulan bebas dengan lelaki bukan muhrim dan derhaka kepada ibubapa. Tetapi didalam kesempatan ini kita akan cuba memberi tumpuan kepada tajuk diatas kerana ianya telah mencapai kepada satu peringkat yang sangat membimbangkan.! Dan juga kerana dalam banyak keadaan "derhaka" kepada suami tidak disedari oleh isteri.

No comments:

Post a Comment